Friendship in UiTM

Well semua orang tahu yang UITM kebanyakkan semua orang melayu dan semua orang tahu melayu perangai "pelik" sikit. So since dah lama aku tak update blog, aku nak cerita pengalaman aku selama 3 tahun dekat UiTM tapi entry kali ni aku nak fokus kepada "friendship".

Sebenarnya agak susah bagi aku yang sorang sorang tercampak amek degree dekat UiTM Shah Alam. Sepanjang MDS aku takde geng, bukan aku tak cari kawan tau, aku cari, berkenal semua tapi sayang semua dah ada puak masing-masing. Even satu bilik dengan MDS pon dah ada geng dia. So, sepanjang orientasi tu, aku jadi loner. Setiap hari, mesti ade kawan baru randomly siapa yang duduk sebelah aku sepanjang aktiviti, yang dimana bila malam ,masuk bilik aku dah pon lupa rupa diorang.. hahaha

Sampai lah hari dimana kena daftar kolej, aku kenal seorang ni, nama dia Zulaikha. LOL orangnya kepochi gila. Dia push aku gila babeng masuk badan beruniform dan dia pon masuk badan beruniform jugak. Cuma dia palapes dan aku suksis. Dia jugak satu bilik dan satu kos dengan aku tapi sayang sampai semester 4 tak silap aku, dia dismiss UiTM. Rindu jugak lah dekat dia walaupun kadang-kadang aku annoyed gila dengan kepochi dia tp dia penuh dengan positive vibes.

Dalam kos aku, aku lambat jugak start berkawan sebab aku ni macam paranoid nak terima orang baru, aku rasa start semester 3 aku baru start ramai kawan, korang nak tahu kenapa ? sebab aku ade repeat paper semester 2 yang menyebabkan aku extend, sebenarnya dalam positive view aku tentang aku kena extend ni, aku kenal ramai orang dan sebaliknya. Cuba bayangkan kalau aku takde repeat, confirm aku still dengan sifat lone ranger. Entah-entah pergi fakulti pon takde yang perasan kewujudan aku. Serious sejak aku masuk semester 3, ramai lecturer kenal aku dan kawan kawan faculty, circle aku jadi besar. *if ada apa apa assignment yang complicated senang je nak setel sebab ade ramai member boleh tolong*


Since aku budak uniform, confirm lah masa aku dekat U lebih banyak berhabis dengan budak uniform jugak kan. Skuad. Jurulatih kata skuad macam adik-beradik tapi bagi aku sebagai orang suka observe memang aku macam denied sikit lah. Aku pon lambat jugak anggap jurulatih macam "bapak" bg aku nobody can replace arwah abah. NOBODY. Tapi bila naik semester 6, aku sedar jurulatih banyak jaga kiteorang tapi well biasa kalau jurulatih saiko sebab dari zaman kadet mana mana jurulatih pon memang saiko sampai kadang kadang rasa dibenci. hahaha Kadang-kadang aku jadikan tu semua sebagai motivasi, if semua nak tahu aku ni jenis stamina dah down sejak aku masuk matrik sbb aku tak jogging. Setiap latihan aku mesti ketinggalan dan sifat aku pulak malas, sebab jurulatih ni walaupun saiko, dia selalu berlembut, tak pernah lagi aku kena sound "kamu kalau lembik macam ni, saya buang kamu dari suksis!" so disebabkn aku bukan under pressure aku buat rilek je hehehe

Relationship aku dengan budak skuad, pada mulanya aku rapat dengan dengan budak blik (dimana masuk semester 2 semua budak uniform akan duduk satu aras)  aku je which is dayah mimi and yat (yat ni dia banyak buat hal sendiri lepas kiteorg sebilik dlu masa jiran sem 1 rapat je) , tapi bisalah aku ni jenis lambat terima orang dan selagi tak gaduh besar kebiasaannya aku takkan jadi rapat dengan orang tu. Aku pulak jenis takleh stay lama sangat dengan orang yg sama sebab aku suka berkawan dengan semua orang. Actually budak bilik aku masalah dia cuma biasa biasa je, like seriously aku berani lah bersumpah, bila aku dengan diorang aku bukan jenis suka mengumpat or amek tau hal skuad aku yang lain walaupun salah satu budak bilik aku tu, dia tau semua cerita budak skuad (sebab dia peramah gila hahaha) aku sepanjang semester 2,3 & 4 dengan diorang kalau bergaduh pon anta berempat je. Sampai lah aku ambik keputusan paling bodoh pindah bilik.

Aku paranoid nak terima orang baru sebab aku senang percaya orang dan aku pernah kena dump sebab aku percaya dia member aku, end up rupanya dia just nak tau titik lemah aku dan destroy aku mcm kiamat tak wujud. Aku ni nampak je kuat tapi hakikatnya selalu diperbodohkan. hahaha

Nope, actually aku bukan nak salahkan kelompok baru yang aku kenal ni cuma salah aku sebab aku tak pandai bawak diri and jaga diri. okay just let me introduce dorang sebagai A,B,C,D,E and F. Si F pernah ada conflict dengan antara skuad aku jugak. Aku actually tak tau, tp disebabkan aku baru baru join dorang (actually group tu pon baru wujud masa aku start nak kenal dorg) aku perasan satu benda, bila aku rapat dengan diorang aku jadi busybody nak tau cerita semasa, masyallah makjemah nak mampos aku time tu, serious aku loser as fuck doo. Si F ni mgkin sebab dia baru kena dump, dia banyak cerita salah orang rather than salah herself. So aku ni pulak jenis alergik dengan buruk sebelah pihak, aku pon kepoci pergi tanya beberapa orang yang tahu kesahihan. Then bila aku tahu, aku terus rasa tak best tapi aku tryhard jugak nak get along. Aku ni pulak jenis, senang nampak kalau orang tu berpura dan sayangnya aku tak reti nak buktikan. Dari dulu, aku bila cakap orang tak percaya, until dorang kena sendiri. Cepat atau lambat. Biasa aku memang kena dulu.

So dipendekkan cerita aku kena dump gila nak mati, ego aku dipijak pijak, dituding tuding jari walhal sebelum cara aku kalau ajak slowtalk, aku duduk bersila cakap slow slow, tapi diorang punya gaya slowtalk boleh jd harshtalk. Actually dalam twitter aku banyak kutuk si F ni tapi yang pelik si C,D,E pon join sekali. Yela, "bestfriend" kena maki dengan aku kat twitter. Aku terkejut jugak sebab dorang dapat find out twitter aku. So diorg berusaha sampai google nama aku. Gigih. Aku dengar satu persatu ayat aku dan terjugak jugak selama aku berkawan rapat dengan si A dan si B rupanya diorang anggap aku ni jenis menghasut. Diorang ada jugak ugut aku nak bgtau dkt jurulatih psl twitter, tapi aku pelik gak, pahal nak mengadu. Aku buka hina PDRM pon. Aku maki secara individu F tu sendiri. Tapi yang banyak buka mulut si C padahal, aku ade conversation yang dia kutuk F. Belum kira lagi sape yang start chop "lesbian" dulu. Aku ni, disebabkan aku jenis loner diorg tak percaya apa aku cakap jadi aku diam jela. Layan and dengar je apa dorg cakap, kang aku petah berpanjangan pulak sebab aku pon dah niat mengalah jela sbb lepasni dah takkan jumpa.

Selepas harshtalk, yang aku takkan boleh takleh lupa dia mention mak aku,abang aku, adik aku (nasib dia tak tau pasal aku dengan akak aku, kalau tak confirm dia usik pasal akak aku). Pertikaikan kehilangan seorang ayah, pertikaikan amal aku dengan Allah, konon ajar aku untuk rapat dengan Allah. Ingat aku jenis nak bagitau kat socmed ke yang aku baru lepas solt hajat, baru lepas nangis dengan Allah, baru lepas mengadu dengan Allah. Weh, like seriously. Diorang mengukit setiap kebaikan dorang buat dekat aku, macam aku sikit pon takde tolong diorg. Dan paling aku terkejut bila dapat tahu yang konon dorg dah jumpa semua skuad and semua skuad taksuka aku tp sebenarnya tak, dan konon kata aku bawak cerita tp aku sendiri terdengar orang mengaku apa yang aku sampaikan tu betul.

Aku sejak tu, aku balik dekat circle kecik aku yang lama, well biasalah kena bahan gak dengan si mimi and dayah tu sebab dulu tinggalkan diorg (padahal lepas pindah bilik ade je aku lepak dgn diorg -.-) aku macam dah g mampos lah, asalkan aku tau, diorg bukan jenis kutuk kutuk orang tuh lepastuh backup org tu macam diorg tak pernah kutuk.

Banyak pengajaran aku belajar sepanjang kat sini, Antaranya


  • Bila kau tau dia pernah tinggalkan sesorang mentah mentah sebab nak berubah tanpa explaination, kemungkinan besar dia akan buat dekat kau jugak. Lagi pulak kalau kau tau dia boleh tinggalkan someone yang pernah jd special dalam hati dia bodoh bodoh je.

  • Bila kau dengar sesuatu banyak negative dari positif tinggalkan kelompok tu jangan ubah diri kau buat macam tu sebab nak seiring. Konon cerita buruk orang tapi bila orang cerita pasal diri sendiri, meroyan. 

  • Kalau kau kena extend, kau bertenang je sebab Allah dah atur yang terbaik dan jangan ingat orang aku pandang serong, sebab kalau diri kau elok, orang takkan pandang serong malah orang lagi lah nak tolong kita. 

  • Jangan batak perhatian lelaki,jangan disebabkan nak perhatian lelaki kau boleh tolak belakang kawan perempuan kau.

  • Hati-hati member yang baru kenal tak sampai setahun sekalipun kau pernah berkongsi airliur (e.g kongsi makan and air) sebab dia boleh jadi orang yang harap or mgkin punya sekelumit niat nak tengok kau lingkup

  • Hargai member yang walau gaduh besar tapi tak pernah usik masalah family kau. (macam kes aku, dia sendiri pon pernah ade masalah adik beradik dia, cuma aku pilih tak petik masa gaduh)

  • Sedar kau pon ada buat salah, walaupun kau kutuk diri dia, tp bila tang kau segala mak nenek dia pertikaikan kau tetap kena maafkan sebab Allah hadirkan dorang sebagai ujian kau dan kau jangan lupa kau pon sebenarnya ujian bagi dorang. Walaupun susah nak lupakan, tapi maafkan. Bahagian dorang, biar dorang setelkan. Bagi aku, aku nak kat akhirat nanti aku nak setel cepat, aku taknak tunggu orang datang meronggeng cari aku. Nak buat macam mana, yang penting perinsip aku, permudahkan orang. 


After all, aku sebenarnya still takleh berhenti jadi aggressive. Aku bersyukur jugaa nikmat Allah walaupun dalam uniform saiko tinggi tapi atleast aku budak fakulti yang funneh yg selalu support aku habiskan belajar. Dan aku selalu ingat ayat member aku "kau banyak tolong orang dekat sini, Allah tak mungkin biarkan kau hadap sorang sorang" dan mimi pernah cakap dia pernah berada di situasi aku cuma beruntungnya aku ada orang yang selalu disisi (mimi thank sbb kau pon antara org disisi aku) Atleast aku tau , yg Allah hadirkan sekarang ni, bukan 'kawan sekadar kawan'.


Aku tak lupa jugak dekat member kelas aku thierah and nina sebab dorang macam tulang belakang aku dekat fakulti. Sentiasa tolong and bagi positive vibes dekat aku since aku ni jenis motivasi hidup kurang hahaha.. Dan mungkin ujian untuk aku bersabar kali ni aku dah kalah. Okay lah gais, doakan aku berjaya tamatkan latihan suksis pada 20/8/17 ni. Oh, sebelum terlupa padal skuad aku, actually idgaf pasal skuad lelaki sbb aku pon tak rapat and tak pernah usik dorg and kalau betul si C and D tu kata yang skuad lelaki taksuka aku, masalah dorang lah kot and untuk skuad perempuan aku, aku takde komen sbb hanya segelintir je "pelik-pelik" hahaha

So inn shaa Allah nanti aku akan share gambar aku tauliah since aku pon dah lama tak update gambar kat blog. bye assalammualaikum :D

No comments: