bohong

bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta
dengan kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara-bicara kita yang
cuma pura-pura

aku akan percaya semua bohong-bohongmu
untuk aku tak lagi mengingatimu

kerana aku sedang membohongimu
tentang menyukai dia yang sebenarnya adalah kamu

by mosyuki borhan