Cemuh

Apa aku tingkahkan bagai aku lakukan dosa besar.
Setiap apa aku perkata
Seolah dusta semuanya di telinganya.

Aku pernah punca anaknya dimarah
Dibuang keluar--

Tapi harini,
Aturan tuhan, manusia mula berubah,
Aku bekerja dikedainya,
Ikutkan ego, aku tak mahu
Bekerja dengan orang yang tak gemar aku-
Disebabkan pertalian--
Disebabkan mama--
Aku kerja disana.

Mana aku sangka, yang dulunya cemuh aku-- kini dah mampu -
'Menganyam ketupat'--
Cakap lepas--
Bercerita--
Bergurau--
B E R S A M A - S A M A

Dimana aku tak punya motor,
Di baginya pinjam--
Meniti di bibir "panggilan anak buah"
Diberi aku kepercayaan memegang untung

Tak aku harapkan pujian--
Tak aku harapkan balasan--
Cuma aku harapkan hubungan makin mesra.

No comments: